Sunday, January 15, 2012

TIPS PERKAHWINAN DARI USTAZ AZHAR IDRUS

1. KETIKA MENCARI CALON Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan. Allahuallam ..

Thursday, January 12, 2012

JGN MARAHKN AYH

Assalammualaikum. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Terkenang Hana akan dirinya ketika Darjah 6. Tubuh kecil tetapi suaranya besar. Sekali meraung, bergema rumah. Hana suka menjerit, dia juga seorang yang panas baran. Salah sedikit, Hana pasti melenting. Bila Hana ingat balik, Allahu akbar, menyesal rasanya tetapi kita yang dahulu tidak penting tetapi apa yang kita mahu jadi untuk masa akan datang itulah yang penting.

Hana dan jirannya sering menunggu ayahnya menjemput mereka di bawah jejantas yang berdepan dengan sekolah mereka. Jiran Hana sering tumpang dia untuk balik ke rumah membuatkan mereka rapat walaupun umurnya lebih tua daripada Hana. Mereka sering bermain bersama di kala petang, sama ada pergi taman permainan, berbasikal, atau berjalan-jalan di taman perumahan.

Kebiasaannya, ayah akan jemput dalam pukul 2 petang. Suatu hari, ayah jemput sangat lambat. Oleh sebab Hana seorang yang panas baran, dalam hatinya mula bercambah, memutikkan rasa kebencian dan marah. Kelihatan kereta ayahnya daripada jauh, berwarna silver. Hana mula hendak melenting. Masuk sahaja dalam kereta,

"Kenapa lambat?! Ingat Hana tunggul ke??"

Terbitnya kata-kata dalam kekasaran kepada ayahnya. Oleh sebab ayahnya seorang yang pendiam, ayahnya hanya berdiam diri. Ketika itu, ibunya pun ada di dalam kereta. Hana langsung tidak peduli jirannya yang ada di sebelah. Dia begitu marahkan ayahnya kerana lambat menjemputnya apetah lagi dia seorang yang tidak suka menunggu.

"Hana, tak baik cakap camtu kat ayah."

Hana hanya menjeling, tidak peduli dengan kata-kata ibunya. Dia marah dan masih marah. Apabila sampai di rumah, Hana baling begnya di atas dan berdengus.

"Ahh!!! Lambat betul! Aku dah la tak suka menunggu, lambat pulak orang tua ni. Ingat aku tunggul ke??"

*****

Ketika di Hana masuk sekolah berasrama penuh, dia mula belajar erti menghargai ibu bapa. Oleh sebab Hana seorang anak bongsu, dia rasa sedih ingin berpisah dengan ibu dan ayahnya.



Hana: Ibu, Hana tak nak tinggal sini. Hana tak nak pisah dengan ibu dengan ayah.

Ibu: Hana kena tinggal sini. Hana kena belajar. Nanti dah besar dapat kerja, sara ibu dan ayah ye.

Hana menangis tatkala melihat pemergian ibu dan ayahnya sehingga kabur daripada mata. Selama 5 bulan, dia cuba menahan diri untuk menyesuaikan diri dengan suasana sekolah berasrama penuh yang padat jadualnya. Hana tidak dapat tahan dengan suasana dengan jadual yang padat. Ada prep, solat jemaah, rasa tidak bebas kehidupannya di asrama. Segalanya terbatas.

Hana selalu telefon ibunya agar pindahkan dia ke sekolah lain. Dia tidak mahu meneruskan perjuangan untuk berjihad demi ilmu di sekolah itu. Pada suatu hari, apabila Hana menelefon ibunya untuk menyatakan hasrat yang sama, tiba-tiba ibunya menangis kerana ibunya tidak dapat menahan sebak kerana masalah Hana yang asyik mahu berpindah sekolah.

Hana: Assalammualaikum.

Ibu: Waalaikummussalam

Hana: Ibu.. (dalam sebak, mula mengalir air matanya) Hana nak pindah. Tolonglah ibu, Hana tak nak tinggal sini. Hana nak pindah sekolah lain. (tangisan dilepaskan)

Ibu: (terdengar sedikit demi sedikit tangisan ibu yang mula deras) Hana, Hana janganlah macam ni. Ibu risau tahu tak? Hana tinggallah di situ. Cuba sesuaikan diri. Ibu tak de duit lagi Hana nak support Hana pindah sekolah lain. Hana janganlah macam ini.

Hana: (tersentak dengan tangisan ibunya, lantas tangisannya lebih deras) Tapi, ibu, Hana tak kuat. Hana tak dapat sesuaikan diri. Tolonglah ibu. (tangisan semakin deras, Hana menangis teresak-esak)

Ibu: (dalam tangisan) Hana, Hana tak boleh macam ini. Hana kena kuat. Ibu selalu doakan Hana agar Hana dapat belajar dengan baik di sana. Kita bukan orang kaya nak. Kita kena sedar akan situasi diri. Kalau Hana sayangkan ibu, Hana kena usaha sesuaikan diri. Kuatkan diri. Hana harus kuat! Ibu tak boleh tengok Hana macam ni. Ibu sakit kepala fikirkan tentang Hana di sana. Ibu risau Hana macam ini.

Hana: (terkesan dengan tangisan ibu) Hmm. Baiklah ibu, Hana akan berusaha sesuaikan diri demi ibu. Hana minta maaf sebab Hana susahkan hati ibu. Hana minta maaf buat ibu nangis. Hana akan berusaha sesuaikan diri di sini. Baiklah, Hana pergi dahulu. Jaga diri ibu. Assalammualaikum.

Hana menangis teresak-esak tatkala ganggang telefon diletak. Dia menyesal dan rasa bersalah kerana buat ibunya menangis. Oleh sebab Hana berasa sebak dengan tangisan ibunya, dia berusaha menyesuaikan diri dengan sekolah itu. Alhamdulillah, Hana berjaya menamatkan pelajarannya di sekolah itu.

Pada pertengahan tahun ketika Hana berada di Tingkatan 5, satu program motivasi yang melibatkan ibu bapa dianjurkan oleh Kelab JIM selama 3 hari daripada hari Jumaat hingga Ahad. Program ini menekankan kesedaran dan keinsafan terhadap Allah, Rasulullah dan ibu bapa. Selama 2 hari dalam program itu, para pelajar semakin terbuka hati sehingga mereka menangis teresak-esak atas kesedaran dan keinsafan tentang Allah, Rasulullah dan ibu bapa mereka. Begitu juga dengan Hana. Apabila teringat sikap dia pada ayahnya ketika Darjah 6 dahulu, dia menangis teresak-esak tidak dapat menahan sebak atas kesilapannya pada ayahnya.

Pada hari Ahad, ibu bapa akan dipertemukan dengan anak mereka bagi acara kemuncak di mana ketika itulah, si anak akan mengekspresikan kasih sayang mereka pada ibu bapa mereka dan sebaliknya. Apabila Hana bertemu dengan ibu dan ayahnya, Hana menangis teresak-esak di bahu ibu dan ayahnya. Apabila motivator memberi ilusi kepada si anak jika ibu dan ayahnya telah pergi, Hana menangis teresak-esak. Motivator juga membuat aktiviti di mana si anak perlu salam dan cium tangan ibu dan ayah selama mungkin untuk merasai dan menghayati kasih sayang mereka. Apabila tibanya waktu Hana salam dan cium tangan ayahnya, Hana tidak henti-henti menangis sebak dengan kekhilafannya ketika kecil dahulu.

Dia salam dan mencium tangan ayahnya selama mungkin dan memeluk ayahnya sekuat mungkin. Ayahnya turut menangis dan memeluk Hana. Bertautnya kasih sayang si ayah terhadap seorang anak yang tidak pernah diluahkannya. Pada ketika itu, Hana sangat dapat merasakan kasih sayang ayahnya terhadap dirinya. Hana meminta maaf tentang kesalahannya yang dahulu, yang suka marah ayah. Ketika itulah bertautnya kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya. Hana insaf dan mula perbaiki diri agar tidak memarahi ayah lagi. Tiap kali pulang daripada universiti, Hana akan mencium tangan ayahnya dan meminta maaf di kala dia ingin pulang ke kampus.

Sungguh, walau ungkapan sayang daripada ayah itu tidak selalu tetapi ketahuilah ayahmu sayang padamu. Jangan pernah marahkan ayah.

KISAH SEPASANG SUAMI ISTERI

Jam dinding berdeting beberapa kali. Pukul 3 pagi. Entah kenapa aku terbangun dari tidur yg lena. Kutatapi wajah 'sahabat' akrabku sedalam-dalamya. Ku belai perlahan rambut ikalnya yg yg menutupi wajahnya... Kau cantik sayang.., bisikku perlahan. Tanpa disedari, usia perkahwinan kami telah mencecah tahun yg kelima. Namun kami masih belum dikurniakan
cahaya mata sebagai penyeri kebahagiaan ini. "Ya Allah kurniakanlah kepada kami seorang anak. Walaupun, cuma seorang . Itulah doa yang sering ku panjatkan kepada Ilahi dalam setiap sujudku. Kami telah disahkan oleh doctor pakar bahawa kami berdua adalah normal. Pelbagai ikhtiar telah kami usahakan. Mungkin benar apa yang dikatakan doktor dua thn lalu;
"Bersabarlah, mungkin anda berdua sedang diuji Tuhan. Teruskan usaha dan berdoalah. Mudah- mudahan dimakbulkan doa anda berdua.. "Apakah hikmah yang tersembunyi di sebalik semua ini. Aku yakin, Allah menyimpan hikmah ini untuk kuketahui suatu ketika
kelak....Pasti!
"Huda....bangun.,...jom kita solat." Kugerakkan bahu isteriku perlahan. Dia mengeliat....Aku tersenyum melihat wajahnya yg keletihan.. Letih meguruskan rumahtangga ditambah pula kesibukannya sebagai pengusaha Taman Didikan Kanak-Kanak. Tentu dia penat melayan karenah 'anak-anak'nya... Ahh. Aku sayang padamu Huda.. Akhirnya, aku bangun sendiri.
Aku tenggelam dalam solat malamku yg panjang..Dan seperti biasa aku tak pernah lupa memanjatkan doa sebagaimana dalam firman Allah..(al A'raaf : 189) yg
bermaksud :
“ ya Allah jika engkau memberi kami anak yg soleh, tentulah kami termasuk orang-orang yg
bersyukur"..
Jam berbunyi empat kali. Aku mengakhiri solat witirku dan ketika Assalamu'alaikum kedua ku dapati Huda dah berada dibelakangku.. Wajahnya masam, merajuklah tu. Kurenung wajahnya dengan riak lucu.
" Kenapa ni.? Muncungya mulut.." usikku dalam nada separuh berbisik.. Semakin
menjadilah rajuknya.
"Kenapa abang tak kejutkan Huda.? "Protesnya...Aku tersenyum cuma.
"Dah, abang tengok cik adik letih sangat..bukan tak kejut tapi cik adik sayang yang tak sedar.."
Akhirnya Huda mengalah, tapi bersyarat.. Jangan tidur sampai dia selesai solat alam
."Baiklah tuan puteri, saya yang menurut perintah." Usikku lagi. Huda tersenyum lebar mendengar usikanku.. Serentak dengan itu jarinya yang mungil bertindak menggeletek pinggangku. Dia kemudianya berlalu dengan wajah yang melucukan. Petang itu, sambil kami menikmati minum petang, Huda memecahkan kedamaian itu dengan ungkapan :
"Abang.....nikah jelah satu lagi". Dengan nada yang bersahaja.. Aku tersentak. Aku memang amat mengharapkan keturunan. Kan Rasulullah berbangga umatnya ramai..! Tapi hingga saat ini aku belum mampu membahagikan cintaku pada wanita lain. Walaupun Islam tidak pernah menghalang poligami apatah lagi dengan keadaan yang kami alami sekarang ini, sanggupkah aku
memikul bebanan ini?
"Hai. Tak takut cemburu ke..? Umpanku pula. "Cemburu..... emmm itukan memang fitrah
manusia bang.. takkan Huda tak cemburu. Aisyah pun cemburu pada Khadijah, tapi masalahnya sekarang, kalau abang kawin satu lagi, kan Huda boleh tumpang kasih anak dari isteri abang..?”hujahnya panjang lebar.
"Hai.. Takkan tak cukup lagi 'anak-anak' di tadika..? “
"Abang niii.. Itu lain. Itu bukan dari zuriat abang.”
"Macam mana kalau isteri kedua abang juga tak boleh melahirkan zuriat..?" umpanku lagi.. "Kahwin satu lagi.."
"Kalau tak dapat anak juga,..?" Usikku terus.
"Nikah lagi..kan boleh sampai empat..!" Jawab Huda
dalam nada semakin kendur.
"Huss.. Huda ! Jangan merepeklah . Abang tak mampu mencontohi Ibrahim bapa Ismail.. berilah peluang abang meneladani Zakaria bapa Yahya.." Kutamatkan dialog ini seolah-olah marah kepadanya.. Kudakap erat Huda... ada titisan panas yg membasahi dadaku..
Hari ini ulang tahun perkahwinan kami yang ke tujuh... Umurku sudah merangkak 33tahun... Uban di kepalaku sudah meningkat bilanganya... Berbanding ketika awal pernikahan bilangannya belum sampai sebelah tangan, beritahu Huda kepadaku.. Sehingga ke saat ini Allah belum kurniakan kami rezeki, seorang anak. Tapi cintaku pada Huda masih seperti dulu. Tak pernah pudar. Hidangan istimewa disediakan Huda hari ini.. Ada bungkusan hadiah
comel di meja hidangan. Huda menarik lenganku.. Dengan nada manja sambil berkata..: "Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan kita.." Begitu teratur kalimah itu dibisikkan ke telingaku. Sambil mataku mencuri pandang hadiah di atas meja. Ada sampul surat yang berlogo hospiatl terkenal di ibu kota. Tanganku segera ingin mencapai sampul tersebut. Huda
dengan pantas menghalangya.
"Makanlah dulu kek coklat yang Huda buat! Abang ni tak sabarlah.." Protes Huda separuh merajuk.
"Oklah sayang." Ku pendamkan rasa ingin tahuku lalu ku ambil pisau yang dihulurkan.. "
Bismillahirrahmanirrahimm.. ku potong kek istimewa itu. Kami berbalas suapan.. Dengan perlahan-lahan aku mengambil sampul surat dari tangannya tadi.. "Subhanallah..Maha suci Allah,..Tuhan sekelian alam..!!" Huda hamill..!! Masya Allah.. Setelah sekian lama penantian ini! Seketika aku tersungkur sujud. Airmataku mengalir deras. Kurangkul Huda seerat-eratnya. Airmataku terus mengalir seolah-olah tak akan henti tika ini,..tangisan SYUKUR..!
"kenapa jumpa doctor tak bagitau abang..?" Tanya ku seperti memprotes..
“Kalau beritahu tak surprise lahhh." Jawab Huda selamba.. Tiba-tiba aku rasa bersalah.. Sejak akhir2 ini Huda ada mengadu sakit kepala dan rasa kurang selera makan.
Kusangka dia terlalu letih menguruskan cawangan tadikanya yang baru.. Ditambah pula dgn
kesibukanku di pejabat dan 'kewajipan saham akhirat'. Aku benar2 lupa membawanya ke klinik. Sungguh..!! Aku benar-benar rasa bersalah.. Sejak berita itu diterima kesihatan dan aktiviti Huda menjadi perhatian utamaku. Segala hajatnya kupenuhi. Aku tak benarkan dia memandu sendiri dan bercadang mengupah driver utk kemudahannya. Aku minta supaya dia mengurangkan semua aktivitinya.. Namun Huda tak bersetuju.. Katanya, janganlah terlalu manjakan dia.. Biarkan dia menjadi ibu yang 'luarbiasa' Ibu yang akan melahirkan anak yang 'luarbiasa' ketika aku ttp meminta dia memenuhi hasratku.. dia berkhutbah panjang.
"Abang sayangg...abang kata nak jadi seperti Zakaria bapa Yahya.. Abang kata nak bayi ini menjadi mujahid atau mujahidah.. Abang.. kalau kita bercita-cita nak jadikan anak kita sebagai mujahid atau mujahidah, kita kena latih dia sejak dalam kandungan.. Maknanya, jangan manjakan ibunya.. Kalau dilimpahkan kesenangan pada Huda dan anak yang bakal lahir ini.. bagaimana nak dapat anak seperti Fatimah atau Ali abi Thalib..? Abangkan kan tau,
kesenangan dan kemewahan bukan modal yang baik untuk anak... Dengan kesusahan barulah generasi menikmati kesenangan di syurga. Sebelum sempat khutbahnya dteruskan aku terus meletakkan tanganku di mulutnya.. 'Stop'.. Aku faham dan akan terus memahami hakikat pendidikan dalam Islam.. aku sendiri pelik kenapa tiba-tiba aku yang jadi terlalu cerewet..!
Pagi itu selepas sarapan aku melihat Huda tidak seperti biasa.. Peluh mengalir laju membasahi
dahinya.. Dia kelihatan pucat.. Kurasa badannya, panas.! Seingat aku Huda hanya akan melahirkan pada 26mei,..hari ni baru 26 april.. Aku panik.. Aku segera membawa Huda ke hospital dengan seribu satu doa yg tak putus dlm hatiku, Aku harap ayah dan ibuku segera
datang utk menambah ketenangnku. Aku mundar mandir.. Ya Allah! selamatkanlah isteri dan
anakku.. bisikku berulang kali..
”Encik Saifuddin..?" Dr Khadijah pakar sakit puan rujukan isteriku,
"Ya,..saya doctor,.." sahutku cepat..Ku hampiri Dr Khadijah..
"Boleh kita berbincang sebentar??" Minta Doktor sambil mengajakku ke bilik rundingan,..
"Saya harap Encik Saifudin bertenang.. Isteri encik menghadapi sedikit masalah.. air mentubannya dijangkiti kuman.. Dan degupan jantung bayi di dapati semakin lemah.. Puan Huda perlu dibedah segera.."
“Bedah..?"
"Buatlah apa yang sewajarnya doktor..Tapi isteri saya bagaimana doktor..?" Tanyaku dgn nada separuh ketar. Bimbang.
“saya akan cuba sedaya upaya utk menyelamatkan kedua-duanya, Yang lain kita pulangkanlah pada Allah. Sama-samalah kita berdoa.."
Suara tenang tapi yakin, lahir dari doktor Khadijah.. Ya Allah, selamatkanlah isteriku.. Ya Allah.. jangan Kau ujiku di luar batas kemampuanku.. Dalam sujudku yang panjang tak henti aku berdoa keselamatan isteri dan anakku.. Aku memohon limpah kasih sayang Allah kepada isteri dan anakku tersayang.. Begitu lamaku cari ketenangan dalam solatku.. Tiba2 ayahku
memanggilku dan mengajakku menunggu di luar bilik pembedahan.. Ketika sampai di pintu bilik, aku terdengar suara tangisan bayi, alangkah lunaknya.
"Encik Saifudin..?"
"Ya..saya.."
"Alhamdulillah isteri encik telah pun melahirkan bayi perempuan yang sihat, 2.9 kg dan comel
seperti ibunya." kata Dr Khadijah tenang..
"Alhamdulillah. Isteri saya bagaimana doktor.?"
Dr. Khadijah terdiam.. Tiba2 perasaan tidak sedap menjalar ke seluruh tubuhku.. Kutenung wajah Doktor dengan tatapan penuh tanda tanya.. Tiba2 doktor menggeleng kepalanya perlahan sambil tertunduk.. Mulutku ternganga seketika..
"Maaf. Saya telah berusaha semampu yg mungkin. Tapi Allah lebih menyayangi Huda.. "Deraian air panas bercucuran tanpa boleh dibendung. Perlahan aku mengikuti doctor
ke ruang bilik pembedahan.. Kurasa seperti seretan kaki ini sungguh lemah dan tak berdaya.. sesusuk tubuh di tutup dgn kain putih terbaring.. Perlahan aku membuka kain penutup.. Innalillahi wainna ilaihi raji'unnnn.. DariNya kita datang, kepadanya kita kembali,..
Wajah Huda pucat.. tapi bibirnya terukir senyuman manis.. manis sekali, tanpa disedari ku dakap Huda seerat eratnya.. Tangisku perlahan, tapi tak tertahan..!
"Sabar encik Saifudin.. sabar.." Terdengar suara doctor Khadijah cuba menenangkan aku..
"Nurse..tolong bawa anak encik Saifudin.." katanya lagi.. Seorang bayi mungil yg masih merah dihulurkan dihadapanku... perlahan ku ambil dan ku dakap bayi itu. Ku tatap wajahnya berganti-ganti dengan Huda.. Mereka amat mirip! Matanya.. hidungnya.. mulutnya.. Allahuakbar..!!! Dadaku bertambah senak.. tangisanku semakin menjadi-jadi.. Sehinggalah ayah datang memegang bahuku.. dan berkata..
"Iqamahkan anakmu Saifuddin.. sambutlah yang hadir.. doakanlah yang kembali.."
Huda.. rupanya inilah hikmah Allah.. Maha Kuasa dan Maha mengetahuinya Allah.. Dia memberi kesempatan kepadaku menemanimu, mengasihimu, hampir selama lapan tahun, utk akhirnya memanggilmu setelah dikurniakan gantinya. Ya Allah, jangan biarkan hati ini berandai-andai..
Seandainya kami tidak mengharapkan anak jika itu membawa kematian Huda. Tidak.. Tidak, itu semuanya ketentuan Mu Ya Rabb. Tuhan yang Maha Mengetahui.. Lagi Maha Pengasih,. Selamat jalan Huda,iesteriku.. Abang akan merinduimu..

_________________
x PeLu CRi TMaN SCaNTiK BaLQiS KLu DiRi X SeInDaH SuLaIMaN. MngPa HRaP TMaN STaMPaN YuSuF KLU KSiH X STeGuH ZuLaiKhA?X PRLu TMaN STeGuH IbRaHiM KLU DiRi XSkUAt HaJaR & SaRAH.Knpe MnDaMBa TmAn IDuP SeIsTiMeWa KhADiJaH KLu DiRi XSSmPuRNa RASULULLAH s.a.w