Monday, September 2, 2013

Imam Syafie :



"Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku, sahabat yang baik adalah yang seiring dengaku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup/selepas mati, ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang, semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri, aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur dalam suka/duka, jika aku dapat, aku ingin setia padanya..."

Wasiat Imam Hasan Al Banna


Saudaraku...
janganlah engkau berputus asa,
kerana putus asa bukan akhlak seorang muslim..
ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah impian semalam,
dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. Waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita,

meskipun fenomena-fenomena kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat.