Saturday, August 13, 2011

7 CARA MENGATASI SIFAT MARAH

1. Latih diri dengan akhlak yang mulia seperti bersabar, lemah lembut dan berhati-hati dalam membuat keputusan.

2. Mohon perlindungan kepada ALLAH daripada gangguan syaitan.

3. Berwuduk. Sesungguhnya syaitan itu dijadikan daripada api. Dan api akan padam dengan mengambil wuduk.

4. Ingat kepada balasan buruk yang akan menimpa kepada orang yang mengikut hawa nafsu amarahnya.

5. Ingat kepada kelebihan dan pahala yang diperoleh oleh orang yang berjaya menahan marahnya. Orang yang berjaya menahan amarahnya disifatkan sebagai pahlawan yang berani.

6. Maafkan orang yang menjadi punca kemarahan kita.

7. Jika sedang berdiri, maka hendaklah duduk. Jika marahnya belum reda, hendaklah berbaring.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: " Ada tiga perkara yang jika ada antara kamu melakukannya Allah berkenan melimpahkan perlindungan dan rahmat kepadanya serta memasukkannya ke dalam syurga-Nya. Iaitu orang yang jika diberi dia berterima kasih (bersyukur), jika diperlakukan hal yang buruk dia memberi kemaafan dan jika dalam keadaan marah dia dapat menahan diri."-Riwayat al-Baihaqih.

Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud: "Orang yang kuat dalam kalangan kamu ialah orang yang dapat menundukkan nafsunya ketika marah. Dan orang yang sabar dalam kalangan kamu ialah orang yang boleh memberi maaf ketika dia berkuasa."-Riwayat Ibn Abi al-Dunya

No comments:

Post a Comment