Tuesday, November 1, 2011

~✿..TAUBAT, USAH DITANGGUH..✿~



✿~ “Alah! muda lagi, esok bila dah tua aku taubatlah.”
✿~ “Muda cuma sekali, so kita enjoy la dulu..bila dah nak mati nanti, taubatlah.”
✿~ “Lambat lagi nak mati, rilekslaa! buat apa taubat awal-awal.”
✿~ “Nanti bila dah kawin, aku taubatlah..sekarang ni tengah bujang, kenalah enjoy dulu.”

Mudahkan ALASAN mereka?
Hidup hanya sekali tetapi AMANAH Allah tidak terpatri?

“Dan bertaubatlah kamu sekalian wahai kaum mukminin! Semoga kamu mendapat KEMENANGAN.”
(An-Nuur : 31)

“Maka mengapa mereka TIDAK MAHU bertaubat kepada Allah dan memohon ampun kepadaNya? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Al-Maidah : 74)

“Dan BERSEGERALAH kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang BERTAQWA.”
(Ali-Imran : 133)

>>> Apakah lagi yang kita mahukan? Semunya telah TERBUKTI luaskan? Mengapa perlu MELAMBATKAN taubat, sedangkan dihadapan kita terdapat pelbagai KENIKMATAN yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya yang sentiasa memohon KEAMPUNAN dariNya..BERTAUBATLAH dengan sebenar-benarnya taubat..Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang..(✿◠‿◠)

No comments:

Post a Comment