Wednesday, December 21, 2011

Saya pernah bertanya pada diri sendiri, "Adakah sahabat/saudara yang sanggup mengutamakan sahabatnya lebih daripada dirinya sendiri?"

Belum saya dapat jawapan, saya ditanya pula oleh orang lain. Tergumam seketika. Kalau ada macam tu, memang bukan mudah. Saya mahu menjadi seperti itu. Dan kalau ALLAh Ta'ala benarkan saya menjadi, saya mohon semoga ALLAh sentiasa membantu saya menjaga niat dan semoga kuat untuk menjadi seperti itu.

Walaupun mungkin jarang jumpa sahabat seperti itu, kita kena yakin bahawa memang ada sahabat seperti itu di dunia, di akhir zaman ini.

Saya kagum pada peribadi Imam Hassan al-Banna. InshaAllah mahu mencontohi peribadi yang baik dari beliau. Menyoroti kisah perjuangan beliau 'membina pemuda' di waktu itu sangatlah dengan penuh jerih dan payah.

Beliau pernah berkata mengenai apa itu ukhuwah..

"Yang saya maksudkan dengan ukhuwah ialah mengikatnya hati-hati dan jiwa-jiwa ini dengan ikatan aqidah. Dan aqidah merupakan ikatan yang paling kukuh dan paling mahal harganya. Dan ukhuwah adalah saudara keimanan. Sementara perpecahan adalah teman dari kekufuran. Kekuatan yang utama adalah persatuan dan tidak ada persatuan tanpa cinta. Dan cinta yang paling rendah adalah lapang dada, sementara yang paling tinggi adalah itsar (mengutamakan saudaranya)."

- Imam Hassan al-Banna

No comments:

Post a Comment