Saturday, November 5, 2011

21 pesanan isteri kepada suami

Baca dan cubalah amalkan setakat yang termampu.1. Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yangbekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas.Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat ditelinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yangditerima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.PakarHowTo.Com3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isterimenghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghiasisteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.4. Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agamasuruh kahwin bukan sernata-mata untuk penuni nafsu syahwat saja.5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benihdaripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebokkencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyanganmacam maharaja.6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relaksedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masukdapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya.Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nakmenguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri.Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikansekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak!8. Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau bolehsehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best danmengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalautetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belumsempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cumamasak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolongjimatkan perbelanjaan keluarga)9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihatatau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.10. Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapaboleh kontrol kentut?11. Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma mainwayang bodek mereka masa nak rnengurat isteri anda dulu. Jangansekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekaliatau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada,sayur dan sebagainya.13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, Janganbebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunyaperempuan ni, semakin suami”degil” tak nak minta pertolongan. selagiitulah dia rela nak tolong (lainlah kalau anda kahwin denganperempuan kedekut!.PakarHowTo.Com14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkandalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakulsampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh, balik penutupnya, dah ambilsesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengankerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali.Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka punmanusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapidiputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan dirisendiri.17. Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri anda yangbuat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isterianda kena bertolak ansur kalau anda buat?18. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor.Tunjuk-lah anda mengambil berat tentang dirinya.19. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonianrumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalausuami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat.Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak Jadi bapok kalaupendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dansaling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannyalaku bila dah mati nanti.21. Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalauperlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orangperempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaanbagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami bolehmenjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaumlelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orangperempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok,anda juga yang rugi!

No comments:

Post a Comment