Thursday, November 3, 2011

"Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada didalam hatinya perasaan sombong walaupun sebesar zarah"

Seorang lelaki berkata,
Sesungguhnya seseorang itu suka pakaian dan kasutnya yang cantik. Baginda bersabda " sesungguhnya allah itu maha indah dan dia suka kepada keindahan".

Sifat takbur adalah hak allah,
Bukan hak makhluk yang dijadikan allah.

Kita boleh melakukan apa sahaja yang kita suka demi keselesaan diri kita sendiri, keluarga, masyarakat dan negara, asalkan perkara tersebut tidak dengan niat bermegah-megah.

Islam tidak pernah melarang kita daripada mengutamakan keindahan dalam sesuatu perkara, asalkan ia dilakukan mengikut batas yang dibenarkan syarak.

Suatu ketika ada seorang lelaki berjalan dengan pakaian yang membanggakan dirinya serta rambutnya yang sedikit rapi disamping berlagak sombong ketika berjalan. Tiba-tiba allah membenamkannya kedalam bumi maka tenggelamlah ia ke dalam bumi sehinggalah kehari kiamat.
(Bukhari dan muslim)

No comments:

Post a Comment